CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, October 4, 2009

Syabas kepada The Red Warriors kerana membedil ATM

Selayang,kemenangan kelantan dengan mengalahkan pasukan ATM 2-1 semalam membuktikan bahawa semangat juang hingga tamat perlawanan memastikan kita meraih kemenangan.Itulah yang di harapkan oleh para peminat pasukan Kelantan yang berkunjung ke stadium selayang seramai hampir 5000 orang.Rata - rata peminat berpuas hati dengan permainan semalam walaupun kadang-kadang jelik dengan aksi kurang hati-hati pemain kelantan.

Walaupun perlawanan semalam tidak berlaku sesuatu yang diluar kawalan,tetapi kelemahan pihak penganjur atau lebih tepat lagi kelemahan pihak pengurusan stadium selayang yang tidak membuka pintu di tempat duduk belakng gol membuatkan peminat marah dan mengeluh sehingga ada yang hanya berdiri untuk menyaksikan perlawanan.Seperti yang kita tengok semalam keadaan yang bersesak-sesak dan juga berhimpitan membahayakan kepada kanak-kanak yang di bawa oleh ibu bapa.seperti sedia maklum pembakaran mercun sudah pasti berlaku dalam setiap perlawanan jadi risiko kepada peminat sentiasa ada malah dengan keadaan itu menambahkan lagi kebahayaan atau risiko kepada peminat.diharap pada masa hadapan pihak pengurusan stadium memandang serius perkara ini.Kalau boleh di sediakan pintu@tempat duduk khas untuk orang yang berkeluarga.

Apapun syabas kepada pasukan kelantan diatas kemenangan semalam.Teruskan misi usaha memburu Piala Malaysia pada tahun ini.Kami sentiasa bersamamu.GOMO KELATE GOMO!!!

0 comments: